Selasa, 2 September 2014

Sungai Panching dan Perairan Pantai Balok / Gebeng, Kuantan - Ops 3

Askm wbr rakan-rakan pancing...
Sejak dalam bulan puasa hingga habis puasa enam....memang 'gian' sangat nak memancing. Jadi, pada kesempatan cuti 31 Ogos 2014 dan cuti ganti pada hari Isnin, memerang mula mengatur langkat 3 hari dua malam ke Kuantan. Sasaran memancing ikan Patin dan udang galah, sasaran target berikutnya terjah perairan Pantai Balok, Kuantan Pahang.

Pada hari sabtu, memerang terjah ikan Patin di sungai Panching area Kg Padang Balang berhampiran empangan gates. Dari 6.45 pagi sampai jam 2.00 petang hanya terdapat satu ragutan patin, ikan berjaya menyelip di kawasan longgokan kayu 'reba'. Hasil gagal didaratkan..tusssssss. Banyak mata pancing tersangku di sungai ni. Pada sebelah petang, memerang mencuba nasib memancing udang galah. Hasil tidak begitu memberangsangkan. Hanya beberapa ekor udang galah dapat didaratkan. Operasi memerang di tamatkan pada jam 7.30 malam.

Udang Galah Sg Panching, Pahang
Hasil dari perbualan memerang dengan rakan-rakan pancing di area sini. Memang musim sekarang ikan patin dan udang tidak memakan umpan. Puncanya, air sungai dah lama tidak berarus 'air lama' ikan tidak galak apa tah lagu udang. Udang pada musim sekarang, sedang bersalin kulit dan ada yang dalam proses bertelur. Pada pendapat memerang pun tepat. Hasil pemerhatian memerang dari hasil tangkapan dan tangkapan otai-otai lain. Kebanyakan udang terdapat telur. Sudah pasti pada masa ini, udang galah tidak begitu meragut umpan. Kalau yang sedang bersalin kulit pun tidak begitu galak memakan umpan sebab belum cergas mencari makanan. Hasil penelitian, kulit udang masih lagi kelihatan belum matang. Memerang jangkakan pada penghujung September dan awal Oktober 2014 atau lepas raya Haji udang-udang mula galak memakan umpan. Pada masa ini, udang akan lapar selepas bertelur dan udang yang besalin kulit mula matang. Musin Monsun Timur Laut mula bertiup dengan hujan tidak begitu lebat disebelah petang diselangi cuaca panas silih berganti. Pada otai-otai udang bolehlah mencuba nasib di Sungai Panching dan Sg Pandan. Area ini banyak bot-bot untuk sewaaan bagi tujuan memancing serendah RM15.00 - RM20.00 sehari. Tunnggu nanti, memerang bagi info pemilik bot di pengkalan tu....hari tu lupa nak ambil gambar dan no telefon...

Suasana di pengkalan boat Sungai Panching dan Sungai Pandan...

Pengkalan bot Sg Panching, Pahang
Pada malam kedua, balik dari memancing udang, memerang berbincang dengan sepupu untuk turun ke laut perairan pantai Balok, Kuantan. Jadi sebelum tidur memerang dah setting siap-siap jorang untuk memancing dilaut. Lepas itu, memerang masuk tidur awal. Memerang bangun lebih awal sebelum azam subuh, selepas sembahyang subuh memerang dengan sepupu memerang bergegas awal ke pantai Balok. untuk setting boat yang dah lama tak di selenggara takut-takut ada masalah semasa memancing. Jam 7.30 pagi, memerang turun dengan 2 buah boat, seramai 7 orang. Hasil begitu memberangsangkan, ini bahagian memerang bawa balik ke Kuala Lumpur. Orang yang paling happy sudah tentu wife memerang, dapat masak ikan-ikan tu untuk berniaga nasi campur....emmmm sedap juga ya...

Ikan Kerisi, Kunyit, Todak, Kerapu dan Kacang
Cuma memancing pada hari kedua, agak kecewa sedikit kebanyakan pancingan ikan-ikan mega di kapal karam mememui kegagalan. Bukan ape semua tangkapan mengena tapi tali putus terlalu banyak sekali. Walaupun menggunakan perambut dawai dan tali kekuatan rata-rata 50 Ib. Memang pada masa sekarang ikan bersisik galak memakan umpan hidup dihidangkan.

Pada otai-otai ingin ke laut sini, sediakan umpan hidup sotong segar dan udang hidup untuk tenggiri, haruan tasik, abek, tetanda, kekacang, todak pun banyak jika memancing di unjang atau kapal karam. Cuma nak ingatkan berhati-hati waktu petang, di laut hujan akan berlaku gelombang agak besar, sangat bahaya kepada sampan fiber yang kecik. Jadi, gunakan sampan fiber yang panjang melebihi 21 kaki dan engin berkuasa sedikit sekurang-kurangnya 30 - 40Hp. Jika belaku hujan dilaut atau angin. Otai-otai boleh cepat sampai ke darat dan keupayaan engin-engin bot melawan arus ombak yang agak besar. Hati-hati semua otai-otai pancing dalam mencari keseronokan memancing.Keselamatan perlu diutamakan, pakai jaket keselamatan semasa diluat. Memerang akan terjah lagi lepas raya haji  area perairan pantai Balok, Kuantan. Cuti hari Malaysia, memerang tengah fikir-fikir dimana nak di terjah..huhuhu...
Selamat mencuba....

Wasallam...

Jumaat, 8 Ogos 2014

Siapa Kah Kita ???? Hidup Di Dunia Ini


Kebanyakkan  manusia pada hari ini (dunia tanpa sempadan) menganggap bahawa  "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan banyak lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu,Dengan kata mudah kehidupan semakin rakus dan manusia semakin lalai mengingati ALLAH. tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya  tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?.


Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua manusia tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam/di kuburkan atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila "hidup" yang menghidupkan jasad tadi telah meninggalakan jasad.



Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu?

Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan   sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar-benar "DIRI"  dan menghidupkan jasad kita ini. 


Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenal nya?.
Tentu nya akan banyak persoalan yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???  dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar-benar "DIRI" kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ?????...

Kita semua tahu bahawa ujud nya roh!  Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh  " siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:

Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasuki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh  telah bertanya " dimanakah harus aku masukkinya, ya ALLAH "  dan ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang kamu senangi "  Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.

Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar daripada jasad apabila sampai ajal nya.
  
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana?   Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. Firman Allah ; "Aku tiupkan sebagian dari roh ku". Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita (alam Rahim) dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat atau sampai ajal.

2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar-benar hidup....menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan jasad (dipanggil bertemu allah) maka matilah jasad "dia" lalu di tanam/dikuburkan atau di bakar.

MATI  IALAH  APABILA  ROH  MENINGGALKAN  JASAD
Jadi, siapakan yang berkepentingan disini!!!!????...tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermakna langsung...terus reput dan hancur menjadi tanah. Jasad perlukan roh untuk hidup dan roh kepunyaan ALLAH akan dipanggil mengikut ketentuannya. Akan tetapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya bersama jasad?
Perlukah roh di kenali? 
Sebelum mengenal Roh  haruslah kita mengenal "DIRI"

"BARANG  SIAPA  MENGENAL  "DIRI"  MAKA  KENALLAH  DIA  AKAN  TUHAN  NYA"
SIAPA  KAH  "DIRI" ITU"
Untuk pengetahuan KITA semua bahawa "DIRI" itu mendatang/datangnya kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?

Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan nur cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan wujud/ujudnya "Diri" yang  berupa  seperti jasadnya memenuhi ruang-ruang dalaman jasad nya..
 
Maka ujudlah "Diri" sebenar-benar "Diri" dan "DIRI"  ini lah yang harus di kenal sebenar-benarnya.
KENAL LAH DIRI MAKA KENAL TUHAN

BAGAIMANA  MENGENAL "DIRI" SEBENAR-BENAR "DIRI"
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murid-murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar-benar "DIRI" .

Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
  1. Terbuka dengan sendiri nya
  2. Ushakan sendiri untuk membukanya
  3. Dibukan oleh guru, alim ulamak, pendakwah-pendakwah dan seumpamanya
Apakah yang di maksudkan “dibuka”

Di buka maksudnya ialah membukakan jalan-jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan-jalan nya dan dengan rasa yang bergetar-getar takut pada jalan keluar nya (susah nak digambarkan dan ditulis). Rasa ini dapat dirasakan dengan dan nyata. Hayatilah amanat ini, sesungguhnya ianya dari tuhan nya yang maha besar.... ALLAH HU'AKBRARR


Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, dengan penuh KEINSAFAN kerana ia mengandungi banyak rahsia yang tersembunyi dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.....ALLAH HU'AKBRARR



Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya!!!!???? .Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari tempat kekal abdi, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.



Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar- benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:



Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru, yang membuatkan kita menitis air mata setiap ketika malam dan siang

Kehidupan sebenar-benarnya ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian membuatkan manusia lalai dan alpa.

Pesanku kepada diriku, isteri dan anak-anakku, teman-temanku dan pembaca dirahmati Allah. Kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari akhirat yang kekal abadi, kerana 'dia' kekal kerana di kekalkan, pastinya akan kekal buat selama-lamanya.

"DIRI" tiap-tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????

ALLAH HU'AKBRARR ....ALLAH HU'AKBRARR...ALLAH HU'AKBRARR

Khamis, 24 Julai 2014

Bonus Khas Ramadan

Ramadhan dah hampir ke penghujung dan akan meninggalkan kita, hanya tiga hari lagi. Hari ini dah memasuki hari ke 26 Ramdhan 1435H. Hati ini terlalu sedih..amat-amat sedih dan pilu untuk berpisah sehingga Ramadhan yang akan datang. Apakah kita, masih sempat pada masa Ramadhan yang akan datang?.  Jadi, ambilah kesempatan yang sebaik mungkin Ramadhan yang masih berbaki 3 hari lagi....hayatilah ramadhan... dan tingkatkan ibadat kita denga apa cara sekalipun....demi mendapat ganjaran pahala atau rahmat ALLAH. Kejarlah!!!..kejarlah!!!..kejarlah reda ALLAH..lebih-lebih lagi malam lailatulqadar.... malam ini (Khamis malam jumaat) 25 Ramadhan dan 29 Ramadhan (Sabtu malam ahad ). 
Tinggalkan lah sementara waktu batang-batang pancing kita....kejar redha ALLAH untuk bekalan akhirat. ALLAH MAHA BESAR.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan pada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:
Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi pada sisi Allah s.w.t.

Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka dari terbit fajar sehingga waktu berbuka puasa.

Bonus 3:  Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-
               hamba-Ku yang soleh dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali
               kepadamu."(Mereka sanggup bersusah-payah di dunia demi kebahagiaan hidup di
               dunia dan akhirat.

Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan lain Ramadan.

Bonus 5: Manusia akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan
              disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya.
              
              Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w:
              "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?"
              Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku-pelaku kebaikan akan disempurnakan
              pahalanya setelah menyelesaikan amalnya."                                   
                                                                                                                     
 (Riwayat Ahmad)

Isnin, 21 Julai 2014

Ikan Patin Sungai Dengkil, Selangor

Salam sejahtera pembaca blog memerang sungai.

Dalam bulan puasa ni ada turun ke Sg Dengkil pada 19.07.2014, pada hari sabtu minggu lepas. Maklum hari cuti!!!..dari tidak ada apa-apa nak dibuat, selepas balik surau. Daripada tidur baik juga pergi memancing. Jadi memerang terjah secara solo, berumpankan roti biasa dan bancuhan rahsia plus perisa pandan dan strawbery. Sebenar bancuhan yang masih berbaki selepas memancing malam di Seri Bayu Tekala pada 12 Julai 2014, Sabtu malam minggu. Hasilnya tak lah besar sangat pun..seekor ikan patin dara dalam 4.30 kg..cam tu. Lagi pun niat nak test power umpan je.....terjah sungai tu dalam 9.30 pagi hingga 12.00 tgh...lepas tu balik rumah...solat dan tidur.

Ikan Patin Sungai Dengkil, Selangor
Sebenarnya ikan patin di Sg.Dengkil boleh dikatakan banyak di lokasi-lokasi dikenal pasti. Umpan roti dibawa tidak begitu berkesan untuk menarik ikan patin memakan umpan. Ada sesiapa berminat perlu membuat bancuhan umpan lebih kepada masam dan hanyir seperti menggunakan perut ayam yang di blander dan ambil air tapisan tuuu...untuk bancuhan roti. Selamat mencuba...
Wasallam.

Khamis, 17 Julai 2014

10 Malam Terakhir Ramadhan

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Hujung minggu ini, iaitu Hari Jumaat malam sabtu kita telah memasuki fasa 10 malam terakhir ramadhan. Antara amalan Nabi S.A.W apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”
Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.
Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.
Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.
Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.
Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.
Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”
Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”
Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”
Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”
Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”

wasallam.

Selasa, 8 Julai 2014

Bagun Dan Bersujud Ditengah Malam


Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau.

Baginda SAW bersabda maksudnya: "Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa."
 


Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

a) Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga?
Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri?
Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah

Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan- Nya.


b) Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?


c) Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi

ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

Wasallam.

Khamis, 26 Jun 2014

Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Untuk kaki pancing ikan kelah atau yang baru berjinak  jinak untuk memburu ikan kelah di lubuk lubuk kelah, umpan amat memainkan peranan penting. Dalam banyak banyak umpan yang pernah dikongsikan oleh kaki kaki pancing ikan kelah, ini adalah yang paling popular sekali. Umpan ini amat digilai oleh ikan kelah.

Umpan Buah Buahan Hutan
Ikan kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah buahan hutan. Kebanyakan buah buahan hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali ialah buah neram, buah maris, buah ara atau kara, buah jambu kemancung, buah perah, buah taban, buah bangkong, buah berangan, buah getah dan buah mata lembu. Pokok Ara menghasilkan buah yang agak berair dan amat diidam idamkan oleh si kelah. Apabila buah ara atau neram jatuh ke dalam sungai, Kelah akan “hilang akal” dan hanya fokus untuk mendapatkan makanan idamannya itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi terlalu lembik.

Bagaimanapun buah buahan itu sukar didapati kecuali di dalam hutan atau di pinggir kampung. Persiapan umpan perlu dibuat di rumah lebih awal. Maka pilihan lain yang terbaik ialah buah kelapa sawit. Negara kita dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Ini adalah makanan yang asing bagi ikan kelah.

Umpan Buah Kelapa Sawit

Jadi dengan bantuan resepi khas, buah sawit tadi menjadi makanan yang lazat untuk kelah dan resepi ini dipanggil umpan sawit peram. Ada juga yang potong dadu cucuk sate dan terus guna untuk memancing. Tapi yang paling popular ialah peram buah sawit itu terlebih dahulu. Pilih buat sawit yang dah masak dan tebal banyak minyak. Cara mudah nak tahu buah sawit yang dah masak ialah buah sawit yang dah gugur di pangkal pokok kelapa sawit. Kalau sesiapa ada pengalaman kerja petik buah sawit, kita panggil buah lerai.
Kemudian, bungkus buah sawit dengan kertas surat khabar kemudian masukkan dalam beg atau karung plastik. Plastik bekas pampers anak pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus ketat dan kemas, jangan bagi udara masuk. Biarkan selama 5 ke 7 hari. Biasanya apabila dibungkus akan menjadi lembab sebab berpeluh. Boleh buka semula dan balut semula dengan kertas surat khabar baru dan bungkus dengan beg atau karung plastik semula untuk lagi 5 ke 7 hari. Biasanya dah peram 2 minggu kira dah boleh guna untuk operasi memburu kelah. Ada juga yang kata, cuba biar sampai 3 minggu, baunya lebih harum. Baru boleh memukau kelah.
Selepas 2 atau 3 minggu, buah sawit yang diperam tadi sedia untuk digunakan dalam ekspedisi memburu kelah. Bagaimana dengan pengalaman anda menggunakan umpan kelah? Sama atau ada yang lain?

Isnin, 2 Jun 2014

Ikan Patin Sungai Dengkil

Askm wbr...
Memandangkan dah lama sangat tak menyelinap Sg Dengkil, pada hari sabtu penutup bulan Mei 2014. Memerang tinjau-tinjau Sg Dengkil. Berbekalkan umpan roti gardenia dan palet perisa pandan. Dapatlah memerang mendaratkan seekor Ikan Patin, sepatutnya dua ekor didaratkan. Yang seekor lagi sempat menyelinap di dalam semak pokok tebrau tebing sungai. Masa tu...memerang tengah makan, tak sedar pancing dah mengena...sedar-sedar pancing dah melentuk, lihat-lihat ikan dah dalam semak. Puas memerang kerjakan tak naik-naik. Last-last tusssss...ler!!!. Nasib...dah memang dah tidak ada rezeki.

Kalau dua tiga hari lagi cuaca masih panas, pasti ikan mula mengena area dengkil. Bagi otai-otai dengkil boleh sediakan umpan power masing-masing. Insyallah dlm dua minggu lagi memerang cuba lagi. Sebab minggu depan nak terjah laut dan muara sungai pantai timur....musin sotong katakan. Ada info memerang tulis lagi.

wasallam..

Jumaat, 30 Mei 2014

17 Perkara Menghalang Dari Azab Kubur

Asallamuallaikum...wbr..di pagi jumaat yang mulia ini, mari kita renung-renungkan kembali dan fikir-fikir sejenak, adakah cukup amalan kita.!!!


1-Berbakti kepada kedua ibu bapa kita.
2-Berwuduk.
3-Menjaga solat 5 waktu.
4-Berzikir kepada Allah SWT.
5-Berpuasa pada bulan Ramadhan.
6-Bersegera bersuci dari junub/hadas.
7-Menunaikan Haji dan umrah.
8-Menyambung Silatul Rahim.
9-Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.
10-Berbudi pekerti mulia.
11-Takut kepada Allah SWT.
12-Mempunyai anak yang mati semasa kecil.
13-Berharap kepada Allah SWT-Tidak berputus asa.
14-Menangis kerana takutkan Allah SWT.
15-Bersangka baik kepada Allah SWT.
16-Berselawat kepada Rasulullah SAW.
17-Memperbanyakkan sebut ” La Ila Illallah “

*Sumber dari peribadi rasulullah

wasallam.

Khamis, 22 Mei 2014

Jadual Air Pasang Surut 2 - Ringkasan

Askm wbr...
Ini Jadual air pasang surut yang memerang dapat ringkaskan untuk otai baru nak pegang jorang. .senangkan.
Jadual mesti merujuk haribulan Hijrah ( Bulan Islam), kalau nak senang beli kelender cina yang ada sekali bulan islam tu....Kalau nak mancing tu datang awal dari waktu air pasang. Mancing pun tak kelam kabut...faham?

1 dan 16 Hijrah
Air besar dan air penuh lebih kurang pukul 8 malam. umpan susah pada waktu petang dan banyak pada waktu pagi dan air surut  lebih kurang pukul 11 pagi. Ikan2 besar bedal umpan waktu awal pagi dan lebih kurang pukul 8 malam waktu air mula naik tinggi.

2 dan 17 Hijrah.
Air masih besar dan penuh dan mula surut pada pukul 8 lebih. Umpan banyak pada waktu pagi dan semasa surut lebih kurang pada pukul 11 pagi.ikan2 besar mula atif jugak pada pukul 8 malam lebih dan awal pagi

3 dan 18 Hijrah
Air masih besar tetapi makin kecil. air lambat pasang penuh, umpan pada waktu petang agak susah tetapi banyak pada waktu pagi dan semasa air surut 12 tengah hari. Contohnya; Kalau ikan jenahak aktif lebih lewat lebih kurang pada pukul 8.30 hingga 9 malam. pada waktu pagi jenahak masih aktif awal pagi

4 dan 19 Hijrah
Air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena apolo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok di pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 mlm lebih

5 dan 20 Hijrah
Air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. Anda kena mencari umpan pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. ikan2 besar elok pancing pada waktu malam.. lebih kurang pukul 9 -10 lebih

6 dan 21 Hijrah
Air makin kecil tetapi masih berarus. air pasang penuh lebih lewat dan umpan sangat susah dapat pada waktu petang. anda kena mencari atau main apollo pada waktu pagi atau semasa air surut pada sebelah petang. Ikan2 besar makin tipis untukdipancing, mungkin ada ikan pari atau ikan senangin, jenahak semakin sukar.

7,8,9,22,23 dan 24 Hijrah
Air dah mula mati (pasang mati) atau tak ada arus langsung. Kalau nak pakai pumpun atau udang kopek. layan anak2 ikan, masa ni ikan kecil cukup banyak seperti gelama, kunyit, anak-anak kembong...kalau nak kena ikan besar tu rezeki masing2 la. tapi susah la skit.

10 dan 25 Hijrah
Air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal.kalau target ikan besar sesuai pada waktu pagi. Pakai umpan hidup seperti udang hidup

11 dan 26 Hijrah
Air mula gerak. ikan sangat galak dan aktif. Air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi

12 dan 27 Hijrah
Air mula gerak laju. ikan sangat galak dan aktif.  . Air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

13 dan 28 Hijrah
Air semakin laju dan besar.air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi.semasa ini umpan mungkin ada sedikit semasa air mula surut petang.

14 dan 28 Hijrah
Air semakin laju dan besar. Air pasang penuh awal petang. kalau target ikan besar sesuai pada awal pagi. Pada masa ini umpan mungkin banyak semasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. ikan besar mungkin ada pada lewat petang hampir senja. 

15,29 dan 30 Hijrah
Air semakin laju dan besar.air pasang penuh hampir senja petang. Kalau anda target ikan besar sesuai pada awal pagi dan semasa waktu senja ke awal malam sedikit. Masa ini umpan mungkin banyak semasa air mula surut petang dan awal pagi. anda tak perlu risau pasal umpan sangat. 
p/s: rujukan juga jadual pasang surut air laut yang keluarkan bagi lokasi anda ingin memancing.
wasallam...

Rabu, 21 Mei 2014

Pertandingan Memancing Sg Tekala, Semenyih. Selangor

Askm wbr...
Dah lama memerang tak terjah pertandingan memancing Sg Tekala, Semenyih. Pada 19 Mei 2014 lalu memerang pergi gak mencuba nasib. Pertandingan malam minggu pun, memerang cuba tapi nasib tidak menyebelahi memerang. Tangkapan cuma berjaya di karau separuh jalan...lepas tu lepas. Mungkin gigitan pada mata kail agak sedikit...lepas oooiiii...nasib..nasib!!!. Selepas itu, sampai habis pertandingan ikan kolam 1 tidak mahu menjamah umpan. Lastly mesin roby memerang pula yang 'loss break'. Terpaksa la...drive dari semenyih balik kerumah pada jam 3.00 pagi mengambil mesin baru untuk even belah pagi. Even sebelah pagi sampai tengahari asyik tak menjadi...malas nak cerita laaaa...yeaaaa. 

Walau semua tak menjadi tapi memerang dapat belajar banyak pengalaman dan pengajaran untuk even seterusnya. Dari segi joran, tali, mata kail, umpan, jarak balingan, personaliti otai-otai banyak memerang kenal malah lokasi untuk bertapak pada bulan Jun 2014 nanti dah memerang plan baik-baik. Sekarang pun memerang dah fikir strategi....mahu-mahu gak duk top 10, kalau johan ok gak...hu hu...insyallah. Tawakal hiallaillah...mudah-mudahan berjaya nanti.

Ni gambar-gambar yang sempat memerang ambil masa pertandingan hari tu..






Ikan Duri / Belukan - Jambatan Kuala Selangor 2

Askm wbr...

Trip memancing udang galah di sungai Bernam dibatalkan. Memerang terjah Kuala Selangor pada petang sabtu 10 Mei 2014. Keadaan air agak baik, air pasang agak sederhana dan tenang. Berbekalkan anak udang dan sotong pasar. Hasil boleh dikatakan memuaskan, boleh dikatakan satu tong penuh. Air mula pasang pada malam tu jam 11.00 malam dan surut 5.00 pagi. Malam tu memerang balik jam 4.00 pagi...sampai rumah betul-betul surau sebelah rumah azam subuh.

Sekor ni kira bapak Belukang/Duri, kira-kira 2.4 kg..banyak telur

Kira yg agak besar 800 gm - 1kg ke atas

Kira yang Bilis-bilis...banyak ooiii
Letih juga memerang nak bersihkan ikan-ikan ni...mahu 2 jam lebih nak siap cuci, masuk garam dan simpan dalam peti ais. Kalau nak dikirakan 3 kali terjah Sg. Kuala Selangor dah penuh satu peti ais. Sekarang ni memerang tengah fikir-fikir nak terjah lubuk ikan baung dan patin pula. Kalau ada otai-otai tahu lubuk baung dan patin boleh roger-roger memerang yeaaaa....wasallam

Isnin, 19 Mei 2014

Memahami Habitat Ikan Sebelum Memancing

  
Askm wbr...


Memancing di kawasan air tawar atau air masin sama ada di Laut atau Sungai seperti Parit, Taliair atau Terusan , Kolam, Paya, Lombong Tinggal , Tasik didiami pelbagai jenis ikan. Setiap jenis ikan pula ada habitat berbeza sama ada dasar, pertengahan, permukaan, tepian air, tengah, lubuk dalam dan sebagainya. Begitu juga di laut kawasan berpasir atau pinggir pantai berpasir, berbatu, terumbu karang, kawasan unjang / tukun, kapal karang dan sebagainya.

Lazimnya ikan pemangsa berada di kawasan reba, tunggul kayu atau di sebalik batu menunggu saat menyerang ikan mangsa. Ada juga ikan jenis ini memiliki keupayaan menyambar yang kuat dan sukar dikesan mangsanya. Kebiasaan di laut di kawasan berbatu , kapal2 karam dan seumpamanya.

Ikan yang tidak diancam pemangsa lain (yang berada di atas sekali dalam rangkaian makanan) berani berada di kawasan terbuka tetapi tertumpu di reba atau lubuk ketika memburu mangsa.

Jika di hulu sungai seperti sungai Pahang, Sg Kelantan, Sg Bernam dan Sungai Hulu terengganu dan Johor di pedalaman, jeram dan lubuk dalam adalah tumpuan utama ikan berkumpul. Ia sering dihuni ikan besar. Ikan buruan utama di kawasan itu ialah tenggalam, kelah, tengas, temoleh dan sebarau.

Peringkat pertengahan sungai pula, airnya kurang deras berbanding di hulu. Di sini terdapat banyak lubuk yang dalam. Kebiasaan terdapat banyak kayu mati yang tenggelam di dasar. Ikan lebih tertumpu di reba dan akar kayu selain tempat air berpusar, selekoh sungai dan kawasan yang banyak terdapat anak ikan bermain.

Ikan buruan di sini ialah belida, baung, temoleh, kelabau, toman, udang galah dan pelbagai ikan air tawar yang lain termasuk patin.

Di muara sungai terdapat dua arah arus iaitu air memasuki ke sungai bila pasang dan keluar semula ketika surut. Jika hendak memancing dikawasan di pengaruh air pasang / surut jadual pasang surut air laut perlu dirujuk ( sebelum ini telah di tulis ). Begitu juga jika ingin memancing dilaut. Ikan muara pula sering bermain di kuala, reba pokok bakau, tepian jeti, benteng dan sekitar tiang jambatan. Air di sini kadangkala air agak payau dan air menjadi tawar jika musim hujan dan masin apabila musim panas. Ikan buruan utama ialah siakap (kakap merah, kakap putih) semilang, kurau, gelama pisang, sesumpit, tetanda,  selain duri serta belukang.

Manakala di laut, kawasan unjam, rangka kapal karam dan tukun adalah habitat ikan pelagik seperti anak selar, kembong, sardin tetapi jangan disangka tidak ada ikan pemangsa seperti kekacang, haruan tasek, pari dan seumpanyan yang mencari makanan. Terumbu karang pula didiami jenis seperti kerapu, merah, tetanda, kunyit dan landuk. Kawasan berpasir / tebing dasar laut berpasir didiami ikan kerisi, selar dan seumpamayan.
 
Abe memerang ringkaskan, kawasan ikan berkait rapat dengan tempat sumber makanan diperolehi, di mana ada kumpulan anak ikan di situ juga menjadi tempat berkumpul ikan pemangsa.

Untuk mengesan kedudukan ikan, guna sonar atau sounder. Kalau ada duit lebih pakai GPS yang boleh mapping dasar sungai dan laut....lagi best gilaaaaa. 

selamat mencuba bagi otai-otai baru  ....jom candat, musim sotong dah tiba...hu hu

Wasallam.

Isnin, 12 Mei 2014

Jadual Air Pasang Surut 1

Askm Wbr...


Fenomena semulajadi kehidupan laut dipengaruhi oleh peredaran bulan. Peredaran bulan yang bertanggungjawab keatas perubahan pasang surut dan kelajuan arus air laut atau sungai. Kebijaksaan anda membaca perubahan ini adalah faktor utama yang akan menentukan kejayaan misi memancing dirancang.  Tarikh – tarikh yang digunakan dikalendar ini hendaklah dirujuk kepada Kalendar Islam atau Kalendar Cina, di kelendar ini sajalah yang diatur menurut peredaran atau perubahan anak bulan. Kalendar ini menjadi rujukan memerang sebelum merancang dan menetapkan trip memancing sama ada di Kuala-kuala sungai, tepi pantai, Pulau-pulau, Kelong-kelong mahupun nak terjah lautan.Boleh dikatakan nak terjah port-port di pergaruhi air pasang surut, kelender pasang surut air laut wajib di rujuk..jangan pakai terjah jeaaaa yeaaaaa. Selamat mencuba...insyaallah hasil pasti berbaloi.


Tarikh
Air
Arus
Lokasi memancing / Spesis sasaran
Umpan terbaik
1
Sgt Besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
2
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil& sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
3
Sederhana
Ideal
Tepian pantai/semua spesis
Cacing,umpun,fillet,udang
4
Perlahan
Cantik
Laut dalam / besar& sederhana
hidup,fillet,cacing
5
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
6
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
7
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
8
Mati
Pasif
Laut dalam / besar & sederhana
Umpan hidup,fillet
9
Perlahan
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
hidup,fillet,cacing,umpun
10
Sederhana
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
hidup,fillet,cacing,umpun
11
Sed Besar
Cantik
Baik semua lokasi /semua spesis
hidup,fillet,cacing,umpun
12
Sed Besar
Ideal
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
13
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
14
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
15
Sgt besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
16
Sgt Besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil & sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
17
Sed Besar
Ideal
Baik semua lokasi/besar& sederhana
hidup,fillet,cacing,umpun
18
Sederhana
Cantik
Baik semua lokasi/besar & sederhana
hidup,fillet,cacing,umpun
19
Perlahan
Cantik
Baik semua lokasi/besar & sederhana
hidup,fillet,cacing,umpun
20
Mati
Pasif
Laut dalam/besar&sederhana
Umpan hidup,fillet
21
Mati
Pasif
Laut dalam/besar&sederhana
Umpan hidup,fillet
22
Mati
Pasif
Laut dalam/besar&sederhana
Umpan hidup,fillet
23
Perlahan
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
24
Sederhana
Cantik
Terbaik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
25
Sed Besar
Ideal
Baik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
26
Sed besar
Ideal
Baik semua lokasi/semua spesis
Umpan hidup,fillet
27
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil&sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
28
Besar
Laju
Tepian pantai/kecil &sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
29
Sgt Besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil&sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang
30
Sgt besar
Sgt Laju
Tepian pantai/kecil&sederhana
Cacing,umpun,fillet,udang