Askm wbr rakan-rakan pancing...
Sejak dalam bulan puasa hingga habis puasa enam....memang 'gian' sangat nak memancing. Jadi, pada kesempatan cuti 31 Ogos 2014 dan cuti ganti pada hari Isnin, memerang mula mengatur langkat 3 hari dua malam ke Kuantan. Sasaran memancing ikan Patin dan udang galah, sasaran target berikutnya terjah perairan Pantai Balok, Kuantan Pahang.
Pada hari sabtu, memerang terjah ikan Patin di sungai Panching area Kg Padang Balang berhampiran empangan gates. Dari 6.45 pagi sampai jam 2.00 petang hanya terdapat satu ragutan patin, ikan berjaya menyelip di kawasan longgokan kayu 'reba'. Hasil gagal didaratkan..tusssssss. Banyak mata pancing tersangku di sungai ni. Pada sebelah petang, memerang mencuba nasib memancing udang galah. Hasil tidak begitu memberangsangkan. Hanya beberapa ekor udang galah dapat didaratkan. Operasi memerang di tamatkan pada jam 7.30 malam.
Udang Galah Sg Panching, Pahang |
Hasil dari perbualan memerang dengan rakan-rakan pancing di area sini. Memang musim sekarang ikan patin dan udang tidak memakan umpan. Puncanya, air sungai dah lama tidak berarus 'air lama' ikan tidak galak apa tah lagu udang. Udang pada musim sekarang, sedang bersalin kulit dan ada yang dalam proses bertelur. Pada pendapat memerang pun tepat. Hasil pemerhatian memerang dari hasil tangkapan dan tangkapan otai-otai lain. Kebanyakan udang terdapat telur. Sudah pasti pada masa ini, udang galah tidak begitu meragut umpan. Kalau yang sedang bersalin kulit pun tidak begitu galak memakan umpan sebab belum cergas mencari makanan. Hasil penelitian, kulit udang masih lagi kelihatan belum matang. Memerang jangkakan pada penghujung September dan awal Oktober 2014 atau lepas raya Haji udang-udang mula galak memakan umpan. Pada masa ini, udang akan lapar selepas bertelur dan udang yang besalin kulit mula matang. Musin Monsun Timur Laut mula bertiup dengan hujan tidak begitu lebat disebelah petang diselangi cuaca panas silih berganti. Pada otai-otai udang bolehlah mencuba nasib di Sungai Panching dan Sg Pandan. Area ini banyak bot-bot untuk sewaaan bagi tujuan memancing serendah RM15.00 - RM20.00 sehari. Tunnggu nanti, memerang bagi info pemilik bot di pengkalan tu....hari tu lupa nak ambil gambar dan no telefon...
Suasana di pengkalan boat Sungai Panching dan Sungai Pandan...
Pada malam kedua, balik dari memancing udang, memerang berbincang dengan sepupu untuk turun ke laut perairan pantai Balok, Kuantan. Jadi sebelum tidur memerang dah setting siap-siap jorang untuk memancing dilaut. Lepas itu, memerang masuk tidur awal. Memerang bangun lebih awal sebelum azam subuh, selepas sembahyang subuh memerang dengan sepupu memerang bergegas awal ke pantai Balok. untuk setting boat yang dah lama tak di selenggara takut-takut ada masalah semasa memancing. Jam 7.30 pagi, memerang turun dengan 2 buah boat, seramai 7 orang. Hasil begitu memberangsangkan, ini bahagian memerang bawa balik ke Kuala Lumpur. Orang yang paling happy sudah tentu wife memerang, dapat masak ikan-ikan tu untuk berniaga nasi campur....emmmm sedap juga ya...
Cuma memancing pada hari kedua, agak kecewa sedikit kebanyakan pancingan ikan-ikan mega di kapal karam mememui kegagalan. Bukan ape semua tangkapan mengena tapi tali putus terlalu banyak sekali. Walaupun menggunakan perambut dawai dan tali kekuatan rata-rata 50 Ib. Memang pada masa sekarang ikan bersisik galak memakan umpan hidup dihidangkan.
Pada otai-otai ingin ke laut sini, sediakan umpan hidup sotong segar dan udang hidup untuk tenggiri, haruan tasik, abek, tetanda, kekacang, todak pun banyak jika memancing di unjang atau kapal karam. Cuma nak ingatkan berhati-hati waktu petang, di laut hujan akan berlaku gelombang agak besar, sangat bahaya kepada sampan fiber yang kecik. Jadi, gunakan sampan fiber yang panjang melebihi 21 kaki dan engin berkuasa sedikit sekurang-kurangnya 30 - 40Hp. Jika belaku hujan dilaut atau angin. Otai-otai boleh cepat sampai ke darat dan keupayaan engin-engin bot melawan arus ombak yang agak besar. Hati-hati semua otai-otai pancing dalam mencari keseronokan memancing.Keselamatan perlu diutamakan, pakai jaket keselamatan semasa diluat. Memerang akan terjah lagi lepas raya haji area perairan pantai Balok, Kuantan. Cuti hari Malaysia, memerang tengah fikir-fikir dimana nak di terjah..huhuhu...
Selamat mencuba....
Wasallam...
Suasana di pengkalan boat Sungai Panching dan Sungai Pandan...
Pengkalan bot Sg Panching, Pahang |
Ikan Kerisi, Kunyit, Todak, Kerapu dan Kacang |