Ahad, 10 November 2013

Jelajah Joran 2 K.Lumpur, Tasek Metropolitan Kepong

Tempat Pertama, Kedua Dan Ketiga
Askm wbr...
Gambar ikan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga Siri Jelajah Jorang, Kuala Lumpur yang berlangsung di Tasek Metropolitan semalam, 9 November 2013. Anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kesemua disapu bersih oleh Ikan Toman dan Ikan Haruan. Apa-apa pun tahniah kepada pemenang semalam...tahniah....tahniah
Semalam abee asyik naikkan ikan-ikan keli sahaja. Ikan Patin memang ada tapi memang susah didaratkan. Meragut umpan hanya getusan manja yang tidak tersangkut dimata pancing. Bila dikira-kira hanya 5 kali getusan ikan patin. Kenapa? sebab air tasek agak dalam, air tasek jadi sejuk dan ikan patin tidak aktif dibahagian dasar yang dalam.....ikan-ikan patin banyak bermain di permukaan air tasek.....lagi-lagi cara pancingan kita tertumpu kepada 'bottom' . dan lagi keadaan sekarang musim  hujan...faham-faham aje la. Apa-apa pun kalau pertandingan dijalankan pada musin panas / air tasek surut tumpuan pada ikan patin jangan dilupakan.

Cuba lihat tempat pertama dibandingkan tempat kedua dan ketiga...jauh beza berat ikan tu. Kalau ada sesiapa dapat daratkan ikan patin pertandingan semalam. Dah tentu naik podiun sama ada kedua atau ketiga. Kalau ikan patin saiz mega dah tentu johan. Apa-apapun bergantung pada rezeki allah.

Ini pendapat untuk diri abee dan kaki-kaki pancing, untuk pertandingan seterusnya di Tasek Metropolitan, Kepong. Beri tumpuan kepada Ikan Toman dan Ikan Haruan. Cari ramuan paling power untuk kedua-dua spesis ini atau ramuan paling power yang pernah otai-otai guna. Guna kepintaran kita untuk apung sedikit umpan kita, jangan terlalu ke dasar tasek. Buat juga strategi untuk pancingan Ikan Patin, kalau paras air dah surut / rendah. Harus di ingatkan, ikan patin di lombong / tasek memang sukar memakan umpan disebabkan persekitaran pemakanan lebih kepada lumut dan tumbuhan dasar sungai / tasek. Kalau berjaya didaratkan, dah tentu besar....dan memang berbaloi.

Jelajah Jorang Kuala Lumpur anjuran Dewan Badaraya Kuala Lumpur seterusnya di Tasek Permaisuri, Cheras pada 30 November 2013. Pasang strategi kita untuk memikat spesis Ikan Toman Dan Ikan Haruan. Niat nak naik Podium kena kuat...baru pemancing tegar. ......abee pasang 2 strategi dengan 2 jorang...Insyaallah.

First, Buat tinjauan ke tasek ini atau tanya otai-otai yang pernah mancing di tasek ini sebelum hari pertandingan.
Berita selanjutnya :
http://joranpancing.blogspot.com
http://jorankl.weebly.com
wasallam.

1 ulasan:

boleh komen, tak kira kaki pancing