Khamis, 21 November 2013

Cabaran Memancing Jadehill Inspration Sdn Bhd

Askm wbr...
Disini ada siri pertandingan memancing pada hujung minggu ini pada 24 November 2014. Kolam ini Kg Sokmek, Bolok, Lanchang. Pahang. Bolehlah otai-otai pancing dari Kuala Lumpur / Putrajaya serbu ramai-ramai di kolam ini. 
Jarak taklah jauh, kira-kira 1 - 1.30 jam perjalanan dari Kuala Lumpur / Putrajaya. Seingat kawan kolam ini terletak sebelum Pusat Pemeliharaan Gajah, Kuala Gandah. Kolam terletak sebelah kanan jalan masuk ke Kuala Gandah. Sekitar madrasah / surau. Kawasan kolam ini tanah agak berlembah, air kolam cantik...tentu ikan dalam kolam ini moster-moster. Sambil mancing boleh bawa anak-anak jalan lihat gajah di Pusat Pemeliharaan Gajah dan Taman Deerland Kuala Gandah. Lain kali baru senang dapat lesen..!!!

Maklumat
Ikan :
Ikan Patin, Rohu, Tongsan Sisik halus /  Kasar dan Pacu / Bawal, Ikan Keli

Peraturan :
1.Dibenarkan memakai spring dan mata rambai - tidak lebih 4 mata.
2.Mesti pakai batu ( besar / kecil ).
3.Pengunaan mata tidak lebih 4 mata (mata tunggal)-mata 2, 3 dan  lebih tidak dibenarkan...faham-faham ok
4.Penggunaan organ haiwan dilarang sama sekali.
5.Penggunaan pelampung dilarang.
6.Ikan dinaikkan mesti terkena pada mulut bukan diluar badan, maksud jangan pakai sembat.

P/s ; Hari sabtu malam minggu ada dijalankan memancing "jackport". Kalau ada otai-otai datang awal boleh lah cuba. Mana tau ada nasib...rezeki tiada siapa yang tahu. 

Hasil infomation dari tuan kolam sebentar tadi....1.45tgh.....selamat mencuba nasib, ada umpan tentu ada ikan. Abee tetap cuba..mana tahu ada rezeki ahad ini. Sambil jalan-jalan bawa anak-anak jalan...musim cuti sekolah katakan.

Kalau ada sesiapa nak komen, nak betulkan maklumat atau apa-apa sahaja, boleh lah bagi tahu dekat komen di bawah.

Wasallam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

boleh komen, tak kira kaki pancing