Isnin, 29 Jun 2015

Fisabilillah...


MADRASATUTTAHFIZIL QURAN RIYADHIL JANNAH 
MAIPkD 05-401 4858, Balai Polis 05-438 6222, Pej. POS 05-438 6215

PER: MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENERUSKAN PROJEK PEMBAIK PULIH & PEMBANGUNAN MQRJ YANG MEMERLUKAN RM 760,OOO. SHUKUR ALHAMDULILLAH SEMENJAK MAR 2013, SUMBANGAN YANG TELAH DIPEROLEHI SEBANYAK RM 440,000.

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Madrasah ini yang sudah beroperasi selama 7 tahun di Masjid Lama (1933), Kampung Pekan Lama, Sungkai, Perak, demi menjaga kesucian dan kesempurnaan Masjid. Kini Masjid hampir siap dibaik pulih dan satu asrama perlu didirikan untuk pelajar supaya mereka sentiasa dapat mengimarahkan rumah Allah Swt daripada terbiar sahaja tanpa dimanafaatkan sepenuhnya.

3. Sehubungan itu pihak kami telah memulakan proses pembinaan asrama serta pembaik pulih masjid tersebut. Alhamdulillah sudah 55% siap,dan kami memerlukan baki 45% untuk meneruskan proses selanjutnya. Pihak kami berhasrat untuk meneruskan usaha memohon sumbangan daripada muslimin/muslimat kerana bantuan terdahulu yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menampung kos pembinaan tersebut. Harapan kami agar muslimin/muslimat dapat meneruskan usaha membantu rumah Allah swt dan pelajar-pelajar. Kami dengan rendah dirinya, memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF (pembangunan / perkakasan).

4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun Maybank Islamic Berhad kami diatas nama;

“MADRASATUTTAHFIZIL QURAN RIYADHIL JANNAH”
NO. AKAUN 5581 0930 0218 (MAYBANK)

5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih. Wasalam.


Yang ikhlas,

Rosli Ishkandar

USTAZ ROSLI BIN ISHKANDAR
Pengerusi Riyadhil Jannah

MASJID LAMA, KAMPUNG PEKAN LAMA, 35600, SUNGKAI, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel. : 019 443 0495, Faks: 05 438 8495, emel : riyadhil.jannah@gmail.com

Bantu Agama Allah dan Allah Bantu Kamu. Allah Janjikan Dunia dan Akhirat Kepada Fisabilillah (Pada Jalan Allah),
Dunia – (Pahala & Harta) / Akhirat – (Syurga)