Khamis, 26 Jun 2014

Umpan Ikan Kelah Paling Power Untuk Kaki Pancing Kelah

Untuk kaki pancing ikan kelah atau yang baru berjinak  jinak untuk memburu ikan kelah di lubuk lubuk kelah, umpan amat memainkan peranan penting. Dalam banyak banyak umpan yang pernah dikongsikan oleh kaki kaki pancing ikan kelah, ini adalah yang paling popular sekali. Umpan ini amat digilai oleh ikan kelah.

Umpan Buah Buahan Hutan
Ikan kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah buahan hutan. Kebanyakan buah buahan hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali ialah buah neram, buah maris, buah ara atau kara, buah jambu kemancung, buah perah, buah taban, buah bangkong, buah berangan, buah getah dan buah mata lembu. Pokok Ara menghasilkan buah yang agak berair dan amat diidam idamkan oleh si kelah. Apabila buah ara atau neram jatuh ke dalam sungai, Kelah akan “hilang akal” dan hanya fokus untuk mendapatkan makanan idamannya itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi terlalu lembik.

Bagaimanapun buah buahan itu sukar didapati kecuali di dalam hutan atau di pinggir kampung. Persiapan umpan perlu dibuat di rumah lebih awal. Maka pilihan lain yang terbaik ialah buah kelapa sawit. Negara kita dipenuhi dengan ladang kelapa sawit. Ini adalah makanan yang asing bagi ikan kelah.

Umpan Buah Kelapa Sawit

Jadi dengan bantuan resepi khas, buah sawit tadi menjadi makanan yang lazat untuk kelah dan resepi ini dipanggil umpan sawit peram. Ada juga yang potong dadu cucuk sate dan terus guna untuk memancing. Tapi yang paling popular ialah peram buah sawit itu terlebih dahulu. Pilih buat sawit yang dah masak dan tebal banyak minyak. Cara mudah nak tahu buah sawit yang dah masak ialah buah sawit yang dah gugur di pangkal pokok kelapa sawit. Kalau sesiapa ada pengalaman kerja petik buah sawit, kita panggil buah lerai.
Kemudian, bungkus buah sawit dengan kertas surat khabar kemudian masukkan dalam beg atau karung plastik. Plastik bekas pampers anak pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus ketat dan kemas, jangan bagi udara masuk. Biarkan selama 5 ke 7 hari. Biasanya apabila dibungkus akan menjadi lembab sebab berpeluh. Boleh buka semula dan balut semula dengan kertas surat khabar baru dan bungkus dengan beg atau karung plastik semula untuk lagi 5 ke 7 hari. Biasanya dah peram 2 minggu kira dah boleh guna untuk operasi memburu kelah. Ada juga yang kata, cuba biar sampai 3 minggu, baunya lebih harum. Baru boleh memukau kelah.
Selepas 2 atau 3 minggu, buah sawit yang diperam tadi sedia untuk digunakan dalam ekspedisi memburu kelah. Bagaimana dengan pengalaman anda menggunakan umpan kelah? Sama atau ada yang lain?

Isnin, 2 Jun 2014

Ikan Patin Sungai Dengkil

Askm wbr...
Memandangkan dah lama sangat tak menyelinap Sg Dengkil, pada hari sabtu penutup bulan Mei 2014. Memerang tinjau-tinjau Sg Dengkil. Berbekalkan umpan roti gardenia dan palet perisa pandan. Dapatlah memerang mendaratkan seekor Ikan Patin, sepatutnya dua ekor didaratkan. Yang seekor lagi sempat menyelinap di dalam semak pokok tebrau tebing sungai. Masa tu...memerang tengah makan, tak sedar pancing dah mengena...sedar-sedar pancing dah melentuk, lihat-lihat ikan dah dalam semak. Puas memerang kerjakan tak naik-naik. Last-last tusssss...ler!!!. Nasib...dah memang dah tidak ada rezeki.

Kalau dua tiga hari lagi cuaca masih panas, pasti ikan mula mengena area dengkil. Bagi otai-otai dengkil boleh sediakan umpan power masing-masing. Insyallah dlm dua minggu lagi memerang cuba lagi. Sebab minggu depan nak terjah laut dan muara sungai pantai timur....musin sotong katakan. Ada info memerang tulis lagi.

wasallam..